fbpx

Bapa durjana didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzil

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Perbuatan keji seorang pemandu lori melacurkan isteri dan anak perempuannya memakan diri apabila bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 43 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Seksyen Klang atas kesalahan tersebut.

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 13 (b) & 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Selain itu, ia membabitkan pendakwaan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, empat lelaki warga asing iaitu pelanggan kepada mangsa berusia 13 tahun turut akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang esok.

“Tiga lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berusia 29 hingga 35 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Fadzil berkata, ibu saudara mangsa sebelum ini mendakwa remaja perempuan itu dirogol dan dilacurkan bapa kandung sendiri di sebuah kondominium di Hulu Langat sejak 2017.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang tergamak merogol anak kandungnya dan melacurkan remaja itu kepada warga asing ditahan polis di sekitar negeri ini, 13 Julai lalu.

Selain suspek yang turut melacurkan isterinya itu, polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan hina itu ke atas mangsa sejak pertengahan tahun lalu sehingga Februari lalu.

Siasatan dijalankan hasil laporan seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa anak remaja itu dirogol dan dilacurkan suspek sejak mangsa berusia 10 tahun. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI