Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
KLANG- Masih lagi ada pihak yang dilihat memasang bendera Malaysia secara terbalik.
Dalam kes terbaru, tular sekeping gambar di laman sosial yang menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah di Kapar.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pekerja pembersihan sekolah itu memasang bendera terbalik secara tidak sengaja, semalam.
“Setelah turun daripada bangunan belakang sekolahnya, pekerja itu mendapati ia dipasang secara terbalik.
“Tanpa membuang masa pekerja itu terus bertindak membuka bendera itu semula dan memasangnya dalam kedudukan yang betul dalam tempoh 10 minit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, bagaimanapun seorang individu yang kebetulan melalui kawasan luar sekolah itu bertindak mengambil gambar Jalur Gemilang terbalik sebelum
menviralkan gambar itu.
Ujar Nurul Huda, perkara disyaki bagimenimbulkan isu perkauman tanpa usul periksa.
“Bagi mengelakkan spekulasi,pihak sekolah kemudiannya telah membuat satu laporan polis bagi menafikan bahawa mereka sengaja berbuat demikian.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebabkan gambar berkenaan dan mengugat ketenteraman awam adalah satu kesalahan,” katanya.-K! ONLINE