fbpx

Tertembak saudara ketika berburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua dari kiri) menunjukkan senapang jenis bakakuk yang diguna lelaki tertembak bapa saudara di kawasan hutan Kampung Romokon, Kiulu.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut selepas anak saudaranya tertembak ketika keluar memburu di kawasan hutan Kampung Romokon, Kiulu kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, lelaki berusia 49 tahun dikatakan melepaskan tembakan ke atas bukit selepas melihat terdapat pergerakan yang disangka haiwan buruan.

Bagaimanapun, sebaik memeriksa objek yang ditembak, lelaki terbabit terkejut melihat tembakan itu sebenarnya terkena bapa saudaranya sendiri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, suspek seterusnya membawa mangsa balik ke rumahnya dengan bantuan penduduk kampung sebelum menghantar mangsa ke Hospital Tambunan.

“Hasil siasatan, mangsa mengalami kecederaan di bahu, kepala dan paru-paru selain patah tulang rusuk.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Keningau bagi rawatan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Zaini menyatakan siasatan turut menunjukkan senapang digunakan terbabit adalah jenis bakakuk buatan sendiri yang diwarisi suspek daripada arwah bapanya dan suspek mengaku tidak mempunyai lesen senjata api selain membeli peluru daripada kenalannya di Penampang dengan harga RM150 sekotak.

Tambahnya, siasatan turut mendapati suspek dan mangsa keluar memburu secara berasingan tetapi pada waktu yang sama.

Senapang bakakuk dan peluru serta peralatan lain yang dipakai ketika kejadian dirampas untuk membantu siasatan lanjut.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Selsyen 37 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI