fbpx

Tangguh bayar PTPTN hingga Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Noraini, semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

“Pun begitu, sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan.

“Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkankehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian Careline PTPTN 03-2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI