fbpx

Pekerja dipecat kerana bantu warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI kek Birds Bakery di Radcliffe-on-Trent di Nottinghamshire, England. – DAILY MAIL

NOTTINGHAMSHIRE, ENGLAND-Seorang wanita yang bekerja selama 44 tahun di sebuah kedai kek di sini dipecat majikannya kerana menerima bayaran wang tunai daripada pelanggan warga emas, lapor Daily Mail baru-baru ini.

Megan Metcalfe, 60, didakwa melanggar polisi syarikat yang menetapkan bahawa semua pelanggan perlu membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit dan tidak menerima tunai disebabkan pandemik Covid-19.

Sebelum dipecat, Metcalfe ialah pengurus cawangan kedai kek Birds Bakery di Radcliffe-on-Trent di sini.

Syarikat kek itu cuma menerima bayaran tanpa sentuhan dan bayaran
kad pelanggan atas faktor kebersihan.

Dia menerima wang tunai kira-kira £180 (RM1,050) daripada warga emas itu dan menggunakan kad debit sendiri untuk membuat bayaran bagi pihak pelanggan.

Metcalfe berkata, ramai pelanggan yang sudah berusia dan warga emas tidak mempunyai kad bank untuk membuat bayaran.

“Saya tahu apa dilakukan melanggar polisi syarikat tetapi pelanggan sudah mengambil kek dan sedia membuat bayaran.

“Saya tak sanggup membiarkan orang tua pulang dengan memberitahu mereka tidak,boleh membeli makanan kerana tiada kad,” katanya kepada Nottinghamshire Live.

Metcalfe digantung tugas pada 19 Jun lalu dan dipecat kerana ‘salah laku teruk’ selepas menghadap panel siasatan disiplin syarikat.

“Saya cuma cuba buat perkara yang saya fikir betul. Saya benar-benar kesal. Saya diberitahu tindakan (saya) itu membahayakan nyawa pekerja lain.

“Wang itu tidak berpindah ke tangan sesiapa kecuali saya. Terus ke dalam poket dan saya buat bayaran guna kad sendiri serta menunjukkan resit kepada pelanggan, jelasnya.

Ketua Pegawai Operasi Birds Bakery, Lesley Bird berkata, pihaknya mengambil berat, soal keselamatan pekerja dan pelanggan semasa pandemik Covid-19.

“Kes Megan Metcalfe yang mengambil wang pelanggan dan bayar guna kad sendiri melanggar polisi kesihatan dan keselamatan syarikat. Kami terpaksa memintanya untuk tinggalkan syarikat,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI