fbpx

Operasi cari pendaki sesat disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat masih meneruskan operasi mencari seorang pendaki yang dikhuatiri sesat di Gunung Korbu sejak Ahad lalu

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki warga emas yang sesat di Gunung Korbu sejak Ahad lalu diteruskan pagi ini dengan pasukan penyelamat dihantar menggunakan helikopter.

Mangsa, Tee Kong Tiong, 68, bersama rakan wanitanya berusia 42 tahun itu telah mendaki gunung berkenaan pada Jumaat lalu sebelum mereka terpisah dalam perjalanan turun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pencarian akan ditumpukan di lokasi mangsa dipercayai hilang iaitu di antara puncak Gunung Gayung dan puncak Gunung Korbu.

Menurut kenyataan tersebut, ia berdasarkan kenyataan rakan wanita pendaki tersebut iaitu individu terakhir menemui mangsa sebelum mereka berpisah.

“Sembilan orang malim gunung serta dua anggota Renjer Hutan telah diturunkan di Gunung Korbu semalam menggunakan helikopter JBPM bagi membantu operasi.

“Sehingga petang semalam pasukan SAR belum menemui sebarang petunjuk sebelum menghentikan operasi untuk bermalam di Gunung Botak,” ujar kenyataan tersebut.

Gerakan SAR turut melibatkan kira-kira 60 anggota pelbagai agensi seperti Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am, Unit K9 JBPM, Jabatan Perhutanan negeri dan Lembaga Air Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI