fbpx

Luqman teruja sertai kem latihan pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN (tiga dari kanan) perlu mempunyai keluarga angkat dalam kalangan warga Belgium bagi membantunya dari segi komunikasi dan budaya baharu di negara tersebut.

PENYERANG sensasi skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Luqman Hakim Shamsudin mahu memberi fokus untuk mengharungi sesi latihan pusat fasa 2 skuad B-19 sebelum memikirkan tentang penghijrahan­nya ke kelab Belgium, K.V Kortrijk.

Kata Luqman, menyertai kem latihan pusat itu adalah bagi persediaan skuad kendalian Brad Maloney mengharungi Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Malaysia (AFC) B-19 di Uzbekistan Oktober depan.

“Saya sangat teruja apabila dapat menjalani sesi latihan bersama skuad B-19 dan berharap dapat memberi yang terbaik.

“Mengenai tarikh penerba­ngan ke Belgium, saya masih belum pasti. Jika ada berita baik saya akan umumkan,” katanya ketika ditemui di Padang Latihan PKNS, Kelana Jaya semalam.

Luqman sebelum ini mewakili Selangor 2 masih menanti panggilan daripada K.V Kortrijk dan dijangka berlepas sebelum jendela perpindahan antarabangsa ditutup bulan depan.

Sementara itu, Luqman percaya tiada slot automatik dirinya dalam skuad terakhir yang bersaing dalam Kejuaraan AFC B-19 nanti kerana semua pemain mempunyai peluang sama.

“Ini baru kem latihan fasa ke-2 dan masih ada lagi panggilan ketiga bulan depan. Pada saya, tia­da jaminan untuk ber­ada dalam skuad akhir yang akan berlepas ke Uzbekistan memandangkan semua pemain cukup berbakat.

“Malah, kehadiran Wan Kuzri (Wan Ahmad Kamal) juga telah memberikan kekuatan tambahan buat pasukan dan saya tidak sabar untuk bergandingan de­ngannya,” kata pemain berusia 18 tahun dari Kelantan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI