fbpx

Lelaki tular cuba bunuh diri di Flat Cheras didenda RM3,000.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular kerana cuba bunuh diri di sebuah pangsapuri di Cheras Sabtu lalu didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Shahfirul Hakim Shahidan,28, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Shafirul yang merupakan seorang penganggur itu didakwa melakukan suatu perbuatan iaitu cuba terjun dari bangunan melalui pagar balkoni rumah yang cenderung ke arah berlakunya perbuatan membunuh diri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah blok Pangsapuri Flat Sri Johor 4C, Jalan Cheras di sini pukul 4.45 pagi pada 1 Ogos lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan denda yang ringan dengan alasan dia tidak bekerja.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh yang cuba membunuh diri itu telah menyusahkan banyak pihak semasa kejadian.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 28 tahun mengamuk serta cuba untuk membunuh diri di sebuah pangsapuri di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, anggota polis yang tiba ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam cuba untuk menenangkan lelaki berkenaan yang menjerit-jerit di dalam rumah sebelum dia kemudiannya berlari ke balkoni.

Disebabkan pintu berkunci, anggota polis kemudiannya terpaksa mendapatkan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan berjaya menahan suspek selepas pintu rumah berjaya dipecahkan.

Dalam kejadian itu, anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak serta Jalan Hang Tuah terpaksa menggunakan teknik ‘rapelling’ iaitu menurunkan dua anggota dari atas bumbung pangsapuri kemudian menutup pintu utama di koridor dalam usaha untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI