fbpx

Kad merah jika pemain bola sepak sengaja batuk atas padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAUSAHA IFAB, Lukas Brud (kiri) bercakap dalam sidang akhbar di Luque, Paraguay pada 8 September 2018. - AFP

LONDON – Pemain bolak sepak boleh diarah keluar padang sekiranya pengadil mendapati mereka sengaja batuk pada pemain lawan atau pegawai perlawanan semasa pandemik koronavirus, kata Majlis Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) dan Persatuan Bola Sepak England.

IFAB berkata, pengadil diberi kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu perbuatan batuk adalah isyarat makian.

IFAB mengklasifikasikan batuk secara sengaja adalah sama seperti penggunaan isyarat atau kata-kata kesat.

“Sama seperti kesalahan lain, pengadil perlu membuat keputusan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Sekiranya tidak disengajakan, pengadil tidak akan mengambil tindakan atau pun jika batuk itu berlaku pada jarak yang besar antara pemain.

“Bagaimanapun, jika batuk itu cukup hampir dan boleh dianggap menyinggung, barulah pengadil boleh bertindak,” kata IFAB dalam satu kenyataan.

Garis panduan tersebut berkuat kuasa serta merta di padang-padang bola sepak England. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI