fbpx

Hasrat Maizatulnisa bawa Hana sambung belajar di UK tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memeriksa kereta Perodua Myvi yang ditinggalkan suspek selepas membunuh isterinya di sebuah tasik di Cyberjaya pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Hasrat Profesor Madya Dr. Maizatulnisa Othman, yang meninggal dunia dibunuh suaminya sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, dekat sini, Khamis lalu untuk melihat anak tunggalnya berusia 14 menyambung pelajaran ke United Kingdom (UK) tidak kesampaian.

Perkara itu didedahkan rakan sekerja pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang mahu dikenali sebagai Noor.

Menurut Noor, Maizatulniza atau lebih mesra dipanggil ‘Mai’ dalam kalangan rakan sekerja ada meluahkan hasrat itu beberapa kali kepadanya sebelum ini memandangkan anak tunggalnya  itu sedang mengikuti program di Pusat PERMATApintar Negara (PERMATApintar), 

“Mai ada bagi tahu saya dia akan bawa Hana ke UK tahun depan supaya anaknya itu dapat menyambung pelajaran di sana selepas tamat Program PERMATApintar.

“Pada masa sama, dia juga merancang untuk mengambil cuti panjang bagi membolehkan dia menemani Hana di sana (UK) sambil menyambung kajiannya,”kata Noor ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tambah Noor, Mai sangat bersungguh-sungguh untuk melihat anaknya itu dapat menyambung pelajarannya di UK kerana dia seorang yang mementingkan soal pendidikan.

“Bagaimanapun hasrat Mai itu tidak kesampaian. Saya berharap agar ada kalangan ahli keluarganya dapat menyambung cita-cita Mai itu,”jelasnya yang masih terkejut dan sedih dengan kehilangan rakan sekerjanya itu.

Mengulas mengenai perwatakan rakan sekerjanya itu, Noor memberitahu bahawa Mai seorang yang suka merendah diri, tidak sombong dan semua orang selesa berkawan dengannya.

Bagaimanapun katanya, Mai tidak suka berkongsi masalah dengan rakan dan dia akan memendam sendiri masalahnya.

“Dia sebolehnya tidak mahu kawan-kawan di tempat kerja tahu masalah yang dia sedang hadapi. Apabila datang kerja dia akan cuba menyembunyikan masalahnya itu dengan perwatakannya yang periang.

“Sebab itu kami tidak tahu dia ada masalah kerana dia sembunyikan masalah itu dengan perwatakannya yang periang,”katanya kali terakhir berjumpa arwah tiga minggu lalu.– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI