fbpx

Covid-19: Penutupan sekolah luar zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia menutup mana-mana sekolah jika perlu bagi menangani risiko penularan wabak Covid-19.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, sekolah yang mungkin perlu ditutup bukan sahaja dalam kawasan merah.

“Tidak semestinya kita hanya tutup sekolah di zon merah sahaja. Jika ada keperluan untuk tutup sekolah di zon lain juga bagi mencegah. Ini merupakan pengurusan risiko.

“Kita melihat ‘case by case’. Jika ada keperluan untuk tutup sekolah di kawasan terbabit, KPM dengan nasihat semua pihak kita bersedia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH- Bandar Kuching) yang ingin tahu kriteria sesebuah sekolah perlu ditutup berikutan wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI