PUTRAJAYA – Lelaki yang tergamak menjerut leher isterinya, seorang pensyarah menggunakan tudung yang dipakai mangsa hingga mati dalam kejadian pada Khamis lalu didapati berlakon seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, itu taktik dilakukan lelaki berusia 41 tahun itu untuk mengelak perbuatan kejamnya disyaki pihak berkuasa.
“Siasatan mendapati tindakan suspek yang berpura-pura mencari mangsa hanyalah lakonan semata-mata, seolah-olah tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap mangsa.
“Pihak kami sudah membuat ujian saringan air kencing ke atas lelaki berkenaan, namun didapati negatif dadah,” katanya di sini hari ini.
Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos. -K! ONLINE