KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pengguna Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK) menunaikan solat di lorong kecemasan seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman sosial, Facebook, Kawe Anok Kelate, Zarul Saleh meninggalkan komen, kejadian itu berlaku ketika keadaan lebuh raya itu sesak dan hentian rehat dan rawat (R&R) juga penuh.
Kata hantaran itu lagi: “Orang yang mendirikan solat mendirikan agama, orang yang meninggalkan solat meruntuhkan agama. Semalam R&R penuh Alhamdulilah. Keselamatan dia ada orang jaga.”
Hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi ramai pihak termasuk ada bersetuju dengan tindakan itu dan tidak kurang juga mengecam tindakan pengguna terbabit yang menganggap mereka mengabaikan aspek keselamatan.
Seorang pelayar, Mie Arab telah meninggalkan komen Nik Sin Nik Pa: “Alhamdulilah, sentiasa ingat Allah walau di mana berada.”
Senada dengan Nik Sin, seorang lagi pengguna Facebook, Man Kace menerusi komennya: “Bagus tapi bahaya.”
Bagaimanapun, ada juga netizen tidak bersetuju dengan tindakan itu seperti komen yang ditinggalkan, Azman David: “Kenapa solat tepi jalan raya yang merbahaya perbuatannya.”
Kosmo! difahamkan dua wanita yang solat ketika waktu Subuh di tepi lebuh raya itu disebabkan surau R&R di KLK sesak teruk dan lebuh raya itu juga trafik perlahan disebabkan ketika itu ramai ingin pulang ke kampung menyambut Aidiladha.