fbpx

RHB perkenal aplikasi pembiayaan PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group (RHB) memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu, RHB Financing (SME) Mobile App bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memohon pembiayaan.

Ketua Perniagaan Kumpulan dan Transaksi Perbankan RHB, Jeffrey Ng berkata, menerusi aplikasi berkenaan, pelanggan PKS boleh memohon pembiayaan menerusi telefon pintar mereka, tanpa perlu ke cawangan atau berjumpa pegawai perhubungan RHB dengan penyediaan pembiayaan pada kadar kompetitif, tanpa memerlukan sebarang cagaran.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan pengeluaran pembiayaan berjumlah RM500 juta untuk membantu perniagaan kecil dalam tempoh setahun akan datang menerusi pengenalan platform baharu itu.

“Pemilik perniagaan yang layak juga boleh memohon RHB BizPower Relief Financing untuk pembiayaan antara RM50,000 hingga RM1 juta dengan tempoh maksimum tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Jeffrey menjelaskan, penyelesaian baharu itu akan menambah kecekapan pihaknya dari segi penyampaian perkhidmatan seterusnya meningkatkan penguasaan pasaran dalam segmen PKS.

“Fokus kami adalah terus mengukuhkan penyediaan produk dan perkhidmatan berpaksikan digital untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi dengan bank,” katanya.

RHB Financing (SME) Mobile App kini boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI