fbpx

Rakan sangka mangsa meninggal dunia akibat letih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diberkas di Hospital Serdang bagi membantu siasatan kematian pensyarah pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah yang ditemui mati dibunuh sebelum mayatnya di­tinggalkan dekat tasik di Cyberjaya dekat sini pada Khamis lalu digambarkan individu yang ceria.

Seorang rakan terdekat mang­sa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila mengetahui kematian mangsa pada pagi Khamis lalu, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Saya mendapat tahu tentang kematian mangsa melalui Whats­App yang dihantar oleh kakita­ngan tempat mereka bekerja. 

“Saya tidak menyangka dia diperlakukan kejam oleh orang dikenalinya kerana kami beranggapan dia meninggal dunia di dalam kereta akibat keletihan disebabkan tuntutan kerja sebagai penyelidik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut wanita itu, kali ter­akhir dia berjumpa mangsa kira-kira dua minggu lalu di tempat kerja mereka di Gombak. 

Jelasnya, ketika pertemuan itu, ibu anak satu yang berusia 40 tahun itu merenung ke arahnya sebelum mereka berbual.

Mangsa kelihatan ceria memandangkan kedua-duanya sudah lama tidak berjumpa di­sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mula rapat dengan mang­sa sejak 2015. Sepanjang tempoh perkenalan itu, mang­sa tidak pernah menceritakan mengenai masalah rumah tangga yang dihadapinya.

“Mangsa banyak bercerita mengenai anak tunggalnya yang berusia 14 tahun dan merancang untuk pergi dan menetap di Uni­ted Kingdom sekiranya anaknya dapat menyambung pengajian di negara tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI