fbpx

Raja pecut Asia Tenggara tidak kisah tiada pertandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIQAL (kiri)akur dengan penangguhan Sukma Johor 2020 dan kemungkinan besar tidak dapat lagi beraksi pada temasya seterusnya kerana sudah melepasi had umur 21 tahun.

RAJA pecut Asia Tenggara, Muhammad Haiqal Hanafi tidak bimbang mengenai situasi tiada kejohanan yang dapat disertainya selepas hampir kesemua pertandingan besar ditunda ke tahun depan ekoran isu penularan wabak pandemik Covid-19.

Ketiadaan kejohanan sebenarnya boleh menjejaskan persediaan atlet kerana tidak dapat menguji prestasi semasa dalam suasana pertandingan sekali gus kesuntukan masa sebelum menghadapi Sukan SEA 2019 di Hanoi, Vietnam hujung tahun depan.

Bagaimanapun, Haiqal yang memenangi pingat emas 100 meter (m) pada Sukan SEA Manila 2019, tetap positif apabila me­nganggap sesi latihannya ketika ini sudah diibaratkan sebagai satu pertandingan buat dirinya.

“Apabila turun ke trek semula, saya sedar perlu mengambil masa sedikit masa dalam proses untuk mendapatkan semula momentum dan teknik larian selepas tidak dapat berlatih beberapa bulan disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Tiada masalah kalau tiada kejohanan sekalipun sebab ini adalah waktu yang sesuai untuk perbaiki segala kelemahan.

“Kadangkala dalam latihan kita perlu kejar masa seperti apa yang jurulatih mahukan. Jadi latihan pun sebenarnya sudah ibarat satu pertandingan,” katanya.

Haiqal sepatutnya menyertai Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Asia di Hangzhou, China pada Februari lalu sebelum Persekutuan Olahraga Asia membatalkan pertandingan itu di­sebabkan pandemik Covid-19.

Atlet dari Negeri Sembilan itu berpeluang mengubati kekecewaannya dengan meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 yang ditunda ke Mac tahun depan selepas sekadar meraih tempat kedua pada edisi dua tahun lalu di Ipoh, Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI