fbpx

Polis badan sasa takut jarum suntikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar reaksi Bayu (tengah) semasa doktor cuba memberikannya suntikan di Pekanrabu, Sumatera, baru-baru ini. – TWITTER/AGI GINANJAR

JAKARTA – Seorang anggota polis di Indonesia menjadi tular di laman sosial berikutan rakaman menunjukkan dia menjerit ketakutan semasa doktor cuba menyuntik lengannya pada Khamis lalu.

Portal Tribunnews.com melaporkan, anggota polis berbadan sasa bernama Bayu Ariwibowo Bayu. Dia adalah anggota unit trafik Riau yang bertugas di Pejabat Polis Pekanbaru, wilayah Riau, Sumatera.

Klip rakaman kejadian lucu menunjukkan Bayu yang duduk di kerusi sofa, bertukar panik lalu menjerit ketakutan semasa doktor mendekatkan jarum suntikan ke lengannya. Beberapa rakan setugas kedengaran ketawa sambil memegang Bayu untuk menenangkannya.

Bayu berkata, mereka diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pejabat dan menerima suntikan berkaitan pandemik Covid-19.

“Ya, saya sebenarnya berasa amat takut dan sukar untuk menjelaskan (sebabnya),” katanya yang menetap di Pekanbaru.

Meskipun takut, dia tetap merelakan diri disuntik kerana tiada pilihan selain patuh pada arahan ketua.

Kata Bayu, kejadian itu bukan kali pertama kerana dia pernah menjadi sensasi di internet ekoran klip video serupa yang dikongsi orang ramai di Facebook.

“Ini perkara normal. Saya sebenarnya lebih bimbang jika pihak atasan mengambil tindakan,” jelasnya.

Klip video itu merekodkan dua juta tontonan sejak dimuat naik di laman Twitter dan dikongsi lebih 24,700 pemilik akaun Twitter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI