fbpx

Piala FA umpan Auba kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJAYAAN menjulang Piala FA sedikit sebanyak mengubat kekecewaan Arsenal yang menamatkan saingan musim ini di tangga kelapan liga dan terburuk sejak 15 tahun lalu. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap kejua­raan Piala FA yang dimenangi musim ini dapat meyakinkan kapten pasukan, Pierre Emerick Aubameyang (Auba) untuk menandatangani kontrak baharu dan kekal di Stadium Emirates musim depan.

Sebagai rekod, Aubame­yang muncul wira buat skuad The Gunners apabila meledak dua gol untuk membantu pa­sukan menang trofi Piala FA
dengan menewaskan Chelsea 2-1 di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Kata Arteta, tiada perkembangan mengenai perbinca­ngan dengan ejen Aubamenyang mengenai tawaran kontrak baharu buat masa ini kerana kami mahu fokus meraikan kejayaan menjuarai trofi Piala FA buat kali ke-14.

“Saya ada berbincang dengan Aubameyang mengenai kemungkinan untuknya kekal di sini (Arsenal) tetapi ia masih lagi pe­ringkat awal. Buat masa ini, kami mahu fokus meraikan kejayaan menang Piala FA.

“Pasukan sangat berterima kasih dengan apa yang Aubameyang lakukan sepanjang kempen Piala FA musim ini. Saya harap ini adalah permulaan dan Aubameyang akan terus menjadi kapten untuk menjulang trofi buat Arsenal,” katanya.

Mengulas lanjut, Arteta me­ngakui pihak pengurusan perlu berusaha untuk menawarkan kontrak lumayan buat pe­nyerang antarabangsa Gabon itu bagi memastikan dia terus me­mimpin Arsenal untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

“Perlawanan yang penting perlukan penyudah pemain berkelas dunia dan Aubameyang telah melakukan perkara tersebut di final dan separuh akhir. Disebabkan itu dia dihormati oleh rakan-rakan sepasukan,” katanya.

Kejayaan Arsenal menang Piala FA telah memberi tiket automatik ke saingan Liga Europa musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI