fbpx

Penduduk lapah yu paus terdampar di pantai Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan penduduk melapah seekor yu paus yang ditemui terdampar di kawasan perairan Perkampungan Ciheras, Daerah Cipatujah di Kabupaten Tasikmalaya, Indonesia pagi tadi.

Portal berita Kompas.com melaporkan, hidupan marin yang jarang ditemui itu gagal diselamatkan sebelum beberapa individu mengambil keputusan untuk memotong dan mengagihkannya kepada penduduk setempat.

Beberapa penduduk turut mengambil hati yu paus kerana dipercayai organ dalaman itu mempunyai khasiat baik jika dimakan.

“Seekor yu paus terdampar dalam keadaan mati. Penduduk mengambil inisiatif mengutip daging dan minyak kerana bangkai itu sekiranya dibiarkan akan berbau busuk,” kata sukarelawan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Daerah Cipatujah, Rahmat.

Rahmat berkata, hidupan laut itu dikesan sejak tengah hari semalam dan ditolak arus ke kawasan pantai sebelum dilapah penduduk.

“Daging yu dibawa pulang penduduk kerana bimbang ia akan menjadi busuk jika dibiarkan,” jelasnya.

Beberapa nelayan di kawasan itu cuba menolak yu berkenaan kembali ke laut tetapi gagal disebabkan arus laut dan ombak besar.

Laporan awal mengatakan tiga ekor yu paus terperangkap dalam jaring nelayan tetapi dua berjaya kembali ke laut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI