fbpx

Pemanduan defensif, mampu elak kecelakaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
WAN AZHAR WAN ABDULLAH, PENOLONG PENGARANG BERITA

 

Sebilangan pemandu di Malaysia gemar memandu secara agresif dan cukup suka menekan pedal minyak. Tidak dapat dinafikan, ada dalam kalangan mereka yang memiliki pengalaman memandu bertahun-tahun dan ‘pakar’ dalam mengendalikan kenderaan. 

Namun, adakah kehadiran pemandu seperti itu tidak diterima baik pengguna jalan raya lain. Penulis yakin setiap pemandu pernah mengalami pengalaman menjengkelkan di jalan raya.

Antaranya seperti kereta di belakang mengekori pada jarak ‘sejengkal’ seolah-olah seperti memandu di litar perlumbaan kereta Nascar, motosikal mencelah ketika kesesakan lalu lintas sambil membunyikan hon hampir sepanjang jalan sebagai amaran supaya tiada kereta menukar lorong atau pemandu terus memasuki lorong anda sebaik sahaja menyalakan lampu isyarat.

Ada dalam kalangan pemandu agresif yang memandu laju, bahkan jauh lebih laju daripada had kelajuan yang dibenarkan di negara ini. Anda boleh menemui pemandu sebegini di lebuh raya terutamanya mereka yang memandu kereta mewah dan kereta sports.

Syarat utama pemanduan laju selain keadaan kereta yang optimum dan kemahiran memandu tahap advance, pemandu perlu juga memastikan tiada kenderaan lain mengekori rapat di belakang. 

Perbuatan mengekori rapat kenderaan atau tailgating dan memandu terlalu laju boleh diibarat seperti cubaan membunuh diri tanpa niat.

Sepanjang lebih dua dekad memiliki lesen memandu, penulis tidak hairan dengan pendedahan statistik kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini apatah lagi ketika musim perayaan.

Sebelum ini pun, penulis sudah beberapa kali membantu menyelamatkan nyawa penunggang motosikal agresif yang tiba-tiba mencelah laju di hadapan kereta yang dipandu.

Penulis menekan brek untuk mengelak daripada melanggar Kamen Rider tersebut, namun penunggang itu semestinya pula berfikir dia lepas kerana kemahiran dan kehandalannya menunggang motosikal.

Ia bukan pengalaman yang jarang berlaku kerana hampir setiap hari apabila penulis memandu ke tempat kerja atau dalam perjalanan pulang ke rumah di sebelah malam, penulis akan berdepan dengan pemandu sebegini termasuk dihimpit treler yang dipandu di lorong paling kanan jalan tiga lorong atau juga dicelah oleh tiga atau empat buah kereta yang berlumba. 

Semua pemanduan berbahaya tersebut boleh dielakkan sekiranya kita mengamalkan corak pemanduan defensif. Apakah pemanduan defensif? Secara mudah ia adalah memandu dengan memberi ruang sesuai dan mencukupi antara kita dengan kenderaan lain bagi mengelak atau supaya kita dapat bertindak apabila situasi tidak diingini berlaku.

Bagi pemandu defensif, ruang kosong antara kenderaannya dan kenderaan lain bertindak sebagai force field untuk melindungi dirinya daripada kecelakaan. Semakin kecil ruang tersebut, semakin meningkat risikonya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI