fbpx

Monyet dibiar berlumuran darah selepas dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor monyet dibiarkan dalam keadaan berlumuran darah selepas dilanggar di PPR Pantai Dalam, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Seekor monyet dibiar dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti.

Gambar haiwan itu dimuat naik di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) semalam.

“Kemanakah dan dengan siapakah monyet ini hendak adukan kesakitannya akibat dilanggar?

“Monyet hanya harap simpati orang ramai berakal bantu mereka. Tentunya yang ada perasaan belas ihsan untuk curahkan rasa simpati adalah insan-insan yang hargai khazanah ciptaan tuhan,” menurut laman itu.

Kejadian itu berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini.

Persatuan itu turut meluahkan kekecewaan terhadap individu yang melanggar haiwan itu namun tidak membawanya berjumpa pihak veterinar.

“Manakala yang melanggar monyet ini tidak punya hati nurani, tidak beri bantuan rawatan ke veterinar.

“Malah berlalu pergi menghilang tinggalkan monyet mengerang kesakitan bersendirian tanpa secebis rasa bersalah,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, difahamkan haiwan itu dibantu oleh seorang wanita berketurunan India.

“Animal Malaysia ucapkan terima kasih kepada seorang wanita India yang bantu mengambil monyet cedera ini untuk tindakan susulan.

“Penyelamat monyet ini boleh hubungi Animal Malaysia untuk bantuan yang sewajarnya di talian Whatsapp 011-2090 1097,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI