fbpx

MFL: Aksi persahabatan sudah dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI menjelaskan aksi antara Kuala Lumpur dan Kuching FA akan dipinda ke satu tarikh baharu susulan pandemik Covid-19.

PASUKAN yang bertanding dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2020 sudah diberi lampu hijau untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan awal untuk menyambut saingan liga yang bakal bersambung pada 26 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, saingan aksi persahabatan hanya boleh dilangsungkan di venue yang telah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi.

“Kita telah melalui tempoh bertenang bagi memastikan tahap kesihatan semua pegawai dan pemain masih baik setelah 14 hari tempoh Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan dan Latihan Pasukan sepanjang tempoh ini.

“Pasukan Liga M yang mana pegawai dan pemain pasukan tersebut telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test), disahkan bebas gejala dan mendapat kelulusan MFL sahaja dibenarkan untuk mengatur aksi persahabatan.

“Selain itu, perlawanan hanya dibenarkan diadakan di venue yang didaftarkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan lebih penting stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi selain tanpa kehadiran penonton,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkemba­ngan sa­ma, Ab. Ghani mengharapkan kerjasama semua pasukan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan MFL ketika beraksi di dalam gelanggang dan juga SOP Kementerian Kesihatan ketika berada di luar venue.

“Kita perlu amalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal serta tidak boleh leka kerana pemain serta pegawai adalah barisan hadapan atau frontliner untuk Liga M,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI