fbpx

Makhluk misteri terdampar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI misteri yang terdampar di Pantai Merseyside dekat Liverpool, England pada Rabu lalu

LIVERPOOL – Orang awam terkejut melihat bangkai makhluk laut pelik yang ditemui terdampar di Pantai Merseyside di sini pada Rabu lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Bangkai mereput sepanjang 4.5 meter itu kelihatan seperti gajah prasejarah dikenali sebagai mamot. Rupanya juga seakan-akan makhluk asing.

Sehingga kini, orang ramai masih gagal mengenal pasti spesies haiwan itu. Makhluk tersebut mempunyai badan berbulu dan sirip seperti sayap tetapi ditemui tanpa kepala. Ketika ditemui, bangkai itu sudah busuk dan dihurungi beribu-ribu lalat.

“Ia sangat pelik seperti kacukan sesuatu ke atas suatu benda. Panjangnya hampir 4.5 meter, ada sayap sirip dan ia bersambung kepada makhluk lain melalui tali pusat.

“Ia mungkin boleh melahirkan anak. Makhluk ini macam seekor paus menelan kuda yang memakan ikan lumba-lumba,” kata seorang lelaki yang enggan namanya disiarkan.

Lelaki itu berkongsi gambar makhluk marin tersebut di laman komuniti Facebook Ainsdale.

Rata-rata netizenl gagal mengenal pasti jenis haiwan itu. Seorang wanita tempatan yang turut merakam gambar haiwan aneh itu berkata, ia dinamakan sebagai Ainsdale Anomaly.

“Andaian pertama saya, ini sejenis paus. Nampak macam makhluk asing pun ada dan membuatkan pengunjung pantai berasa buntu,” katanya.

Dia menyatakan bahawa beberapa pegawai dari Jabatan Alam Sekitar England sudah melakukan penilaian dan pemeriksaan ke atas bangkai itu tetapi masih belum dapat memindahkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI