fbpx

Lelaki tahan sakit setengah jam kaki tersepit rim motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas pada pukul 8.57 pagi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila kaki kanannya tersepit pada rim motosikal dalam kejadian kemalangan di Jalan Bukit Jambul di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu dikatakan telah terbabas dengan sendiri di bahu jalan kira-kira pukul 8.15 pagi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.19 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Setibanya anggota di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan kesakitan akibat kaki kanannya tersepit pada rim motosikal.

“Pasukan kita berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas pada pukul 8.57 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap lagi, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI