GUMPALAN awan berlatarkan langit biru yang jelas kelihatan dari aras 37 di Hotel Perdana Attana, di perut ibu kota sangat menyumbang kelancaran edisi Pose bersana Hun Haqeem tempoh hari. Pertama kali bertentang mata dengan Hun atau pemilik nama sebenar Haqeem Hermy ‘dari’ Kampung People itu adalah, dia mudah ‘memberi’ untuk setiap permintaan, sama jawapan-jawapan daripada persoalan yang diutarakan, mahupun emosi dalam gerak tubuhnya. Pengalamannya bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di sebuah syarikat media sebelum bergelar artis barangkali menjadi faktor pemudah.…
Hun Haqeem yang terkenal sebagai Jekfer Kampung People memilih untuk mengejar kualiti berbanding populariti, hanya improvivasi bakat dan kerja keras beri jaminan ke arah itu. Dia juga bercerita tentang wanita dan impian memiliki sebuah keluarga dalam tempoh lima tahun akan datang.
Daftar di sini untuk baca berita penuh