fbpx

Peluang Leeds kembali terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Benfica sebelum kelab itu menafikan berminat untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

LEEDS – Peluang Leeds United untuk mendapatkan khidmat Edinson Cavani kembali terbuka selepas kelab Portugal, Benfica menarik diri daripada melakukan rundingan.

Sebelum ini, Benfica dilaporkan hampir pasti membawa masuk bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan perjanjian selama dua tahun.

Bagaimanapun, urusan perpindahan itu menemui jalan buntu, lebih-lebih lagi Benfica mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah menyuarakan hasrat mendapatkan Cavani.

“Benfica menafikan beberapa laporan yang mendakwa kami berminat untuk mendapatkan pemain berkenaan. Laporan-laporan itu langsung tidak berasas.

“Antara berita yang mengejutkan kami adalah laporan mengenai presiden kelab, Luis Felipe Vieira terlibat dengan urusan perpindahan itu. Berita ini sebenarnya tidak benar,” kata kelab itu menerusi kenyataan rasmi.

Justeru, ia membuka ruang buat Leeds untuk mendapatkan pemain antarabangsa Uruguay itu secara percuma selepas pemilik kelab, Andrea Radrizzani mahu membawa nama besar ke Elland Road.

“Cavani mampu beri kelebihan kepada pasukan dari segi fizikal, namun saya tidak pernah cakap mengenainya dengan jurulatih. Kita tunggu dan lihat memandangkan dia boleh dibawa masuk secara percuma,” ujar Radrizzani. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI