fbpx

Jangan ulangi insiden solat di lorong kecemasan – ANIH Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular dua wanita sedang menunaikan solat di lorong kecemasan di sebuah kawasan di KLK, Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad menasihatkan pengguna supaya tidak mengulangi insiden solat di lorong kecemasan seperti yang tular di media sosial, Jumaat lalu.

ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, tindakan solat di lorong kecemasan itu bukan sahaja mengundang bahaya kepada mereka yang sedang menunaikan solat, malah turut kepada pengguna lain.

“Kami sebagai pengendali lebuh raya ini ingin memohon kesabaran dan penelitian wajar daripada pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di atas jalan raya iaitu di lorong kecemasan atas faktor keselamatan.

“Adalah dikhuatiri, kelak mungkin akan terdapat pengguna jalan raya lain yang turut sama solat dan ini mungkin boleh menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran statik individu yang berada di lorong kecemasan,”katanya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu tular gambar dua wanita bertelekung yang dilihat sedang mengerjakan solat di lorong kecemasan lebuh raya sambil beberapa buah lagi kenderaan turut berhenti berdekatan kawasan sama.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di KLK dan ketika kejadian, jalan raya sedikit sesak berikutan orang ramai dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha.

Kata kenyataan itu, pengguna turut dinasihatkan merancang perjalanan dan persinggahan untuk bersolat atau berhenti rehat di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT1 dan KLK ketika menuju pulang ke Lembah Kelang.

“ANIH Berhad menghargai kesabaran pengguna lebuh raya itu dan juga ketaatan umat Islam menunaikan ibadah solat ketika dalam perjalanan ke Pantai Timur pada setiap kali musim perayaan dan cuti umum.

“ANIH Berhad juga amat menghargai komitmen para pengguna jalan raya dalam meningkatkan keselamatan di jalan raya untuk diri sendiri, keluarga dan pengguna lain serta sentiasa bersabar dalam aliran trafik puncak,”jelasnya.

Sila layari Twitter @LPTTrafik untuk perkembangan terkini dan sebarang pertanyaan, anda digalakkan untuk menghubungi LPT-line 03-547 9111 atau 1700-818-700 dan juga e-mel kepada [email protected]! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI