fbpx

Harga siling pelitup muka diturunkan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan harga siling pelitup muka diturunkan lebih rendah berbanding RM1.20 sekeping selepas 15 Ogos ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu bertujuan membantu mengurangkan ­bebanan orang ramai.  

“Harga siling pelitup muka akan diturunkan daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit bermula 15 Ogos 2020. Kemudian kita tengok jika tidak jejaskan bekalan boleh turunkan lagi ­paras siling. 

“Kita perlu berhati-hati ke­rana jika harga terlalu rendah dibimbangi bekalan jadi tidak mencukupi kerana peniaga tidak berminat mengimport pelitup muka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. 

Kerajaan pada 23 Julai lalu mengumumkan harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos ini. 

Harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.

Penurunan harga itu selaras dengan langkah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam bermula ­semalam. 

Terdahulu, Alexander memberi jaminan bekalan pelitup muka di pasaran mencukupi bagi menampung permintaan orang ramai. 

Menurut beliau, Malaysia ­bukan sahaja pengeluar pelitup muka, malah turut mengimport pelitup muka dari luar negara. 

“Saya berharap peniaga dapat tambahkan pengeluaran dan pengimportan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI