PUTRAJAYA – Mesej tular mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang didakwa meninggal dunia petang tadi disahkan palsu.
Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, akaun Facebook Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menafikan penyebaran berita palsu itu sebaliknya berkata, Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.
“Pengurusan Galeri mendapati terdapat penularan berita palsu melalui WhatsApp mengenai keadaan kesihatan Pak Lah yang merosot.
“Pengurusan Galeri menafikan penularan tidak benar ini dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetusan kegusaran ramai,” katanya.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengatakan bekas Perdana Menteri itu telah meninggal dunia. -K! ONLINE