fbpx

Bangkai penyu terdampar lagi di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI penyu agar jantan yang ditemui orang awam di tepi pantai di PD Waterfront dekat Port Dickson, semalam.-Gambar Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

PORT DICKSON – Bangkai seekor penyu agar jantan ditemui terdampar di tepi pantai di PD Waterfront dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abd. Hanip berkata, bangkai penyu seberat 150 kilogram itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.

Katanya, penyu jantan itu dianggarkan berusia 40 tahun dan dipercayai mati kira-kira empat atau lima hari lalu.

“Kami percaya penyu ini mati akibat terkena pukat atau terkena kipas bot. Bangkai penyu itu kemudiannya diambil sebelum ditanam oleh pegawai kami,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, bangkai seekor penyu karah jantan seberat 100 kilogram turut ditemui terdampar di pantai Teluk Kemang.

Walau bagaimanapun, punca kematian penyu berusia 40 tahun itu tidak diketahui dan ia hanyut ke pantai sebelum ditemui orang awam.

Sementara itu, Halimi juga menyeru orang ramai untuk melaporkan penemuaan penyu di pantai Port Dickson.

“Terdapat dua spesis penyu yang sering mendarat di Port Dickson iaitu penyu agar dan karah. Orang ramai boleh segera melaporkan kepada pihak kami jika menemui penyu di sepanjang pantai Port Dickson,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI