fbpx

APMM tahan tiga individu langgar syarat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang ditahan atas kesalahan beroperasi melanggar syarat lesen di perairan Tuaran. Foto IHSAN APMM

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai tiga kru termasuk tekong warga Indonesia berusia 24 hingga 48 tahun ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah ini atas kesalahan beroperasi melanggar syarat lesen semalam.

Semua individu berkenaan menaiki sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 1.3 batu nautika barat muara Sungai Tuaran sekitar pukul 4 petang.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, bot nelayan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan berkenaan ketika ditahan pihak berkuasa.

“Bot peronda maritim menerima maklumat berkaitan terdapat sebuah bot berada dalam keadaan di sekitar perairan Tuaran ketika melaksanakan Operasi Naga Timur dan Operasi Sejahtera.

“Setibanya di lokasi berkenaan, anggota bertugas mendapati memang terdapat bot yang melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak melanggar syarat lesen.

“Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas semua individu menunjukkan mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot serta semua individu ditahan dan dibawa ke Jeti APMM, Sepanggar untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan akhbarhari ini.

Mohd Rosli berkata bot terbabit disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) berikutan disyaki melanggar syarat lesen.

Menurutnya, semua kru dan tekong turut
diarahkan untuk menjalani Ujian saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan bebas virus berkenaan.

Sementara itu, Mohd Rosli menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri semasa melakukan aktiviti di laut dengan memakai jaket keselamatan terutamanya di musim cuaca buruk dan keadaan laut yang tidak menentu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI