fbpx

Peniaga, pengunjung pasar pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Peniaga dan pengunjung pasar pagi di Taman Ria Jaya di sini mematuhi pemakaian pelitup muka di kawasan awam tersebut.

Rata-rata mereka menyambut baik pemakaian pelitup muka tersebut bagi memerangi penularan wabak Covid-19.

Peniaga ayam, Siti Aisyah Othman, 40, berkata, dia berasa selamat apabila berurus niaga dengan pelanggan yang tidak diketahui tahap kesihatan mereka.

“Lebih selamat kerana biasanya jarak kami berurusan tidak sampai satu meter malah kadang kala bersentuhan dengan pelanggan.

“Pemakaian pelitup muka ini satu langkah terbaik kepada peniaga yang berurusan dengan ramai pelanggan setiap hari dalam usaha mengekang penyakit ini,” katanya ketika ditemui di pasar tersebut hari ini.

Bagi pelanggan, Faten Suhada Ropizan, 20, langkah memakai pelitup muka itu baik untuk mengelak penyakit berjangkit itu.

“Keadaan bersesak-sesak ketika berurusan di sini amat membimbangkan kerana biasanya pasar dikunjungi pelbagai lapisan umur,” ujarnya.

Seorang suri rumah, N.Mariamah, 64, dari Laguna Merbok di sini berkata, dia memilih untuk memakai pelitup muka sepanjang masa semasa berada di tempat awam sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan terkena penyakit itu.

“Saya sudah berusia 64 tahun menyebabkan saya perlu memakai pelitup muka dan arahan kerajaan ini amat tepat dan wajar dilaksanakan oleh orang ramai,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI