fbpx

Imam berbusana pendekar sembelih kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam Tua Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Uban, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris (empat kanan) bersedia untuk melakukan tugas sebagai penyembelih haiwan korban di Kampung Tok Uban, Pasir Mas di sini hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Penduduk di Kampung Tok Uban di sini dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berpakaian ala-ala pendekar yang kemudiannya bertindak menyembelih kerbau korban di sekitar kawasan tersebut.

Lelaki berpakaian pendekar lengkap bertanjak bersama sebilah pisau itu rupa-rupanya Imam Tua Masjid Ar-Rahman Mukim Tok Uban, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris.

Syeikh Kyairder Syamzarey berkata, dia berbuat demikian untuk menghidupkan semula busana Melayu yang pernah menjadi kemegahan satu masa dahulu terutamanya pemakaian tanjak.

“Ia adalah satu perkara yang baik. Tidak salah jika kita hidupkan semua pemakaian ini asalkan tidak bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

“Lagipun pakaian ini melambangkan jati diri sebagai orang Melayu yang semakin dilupakan,” katanya.

Syeikh Kyairder Syamzarey memberitahu, busana Melayu perlu terus dipromosikan agar ia tidak lapuk ditelan zaman.

Katanya, generasi muda di zaman milenium ini perlu diberikan pendedahan supaya mereka tidak malu untuk mengenakan busana peninggalan orang-orang tuan terdahulu.

“Kalau kita tidak hidupkan budaya ini siapa lagi.

“Sebab saya tampil dengan kelainan memakai baju pendekar agar budaya ini terus subur,” ujarnya.

Syeikh Kyairder Syamzarey berkata, pemakaian busana itu juga turut menambah keyakinannya untuk melakukan tugas sebagai penyembelih semasa menyempurnakan ibadah korban. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI