Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI
PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal pada para RM1.68 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 7 Ogos.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pada masa sama harga runcit petrol RON97 juga kekal pada paras RM1.98 seliter untuk tempoh yang sama.
“Harga runcit diesel pula naik satu sen seliter iaitu pada paras RM1.83 seliter berbanding RM1.82 seliter sebelum ini,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum tersebut secara minggu adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE