KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Pos Malaysia, syarikat itu memberitahu, pemberhentian itu bermula 3 Ogos ini sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
“Ia disebabkan impak Covid-19 yang mengakibatkan tahap sekatan berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan,” menurut kenyataan itu.
Ujarnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dengan melayari laman web dan platform media sosial rasmi syarikat itu. – K! ONLINE