fbpx

Polis masih siasat suspek kes pecah cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kereta yang menjadi mangsa kes pecah cermin dalam kejadian di Presint 8, Putrajaya semalam.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Pihak polis masih belum menangkap dan mengenal pasti suspek kes pecah lima buah kereta di sebuah pangsapuri di Presint 8 di sini semalam.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali ketika dihubungi berkata, selain itu, televisyen litar tertutup (CCTV) hanya berada di kawasan lobi dan ia bermasalah serta tiada di lokasi kejadian.

“Tiada pengawal keselamatan di tempat tersebut dan tiada saksi bebas yang ternampak perbuatan dilakukan suspek.

“Sehubungan itu, kes itu dibuka untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak lima kesan cap jari berjaya ditimbulkan membabitkan empat buah kereta dalam kejadian tersebut.

“Kerugian harta yang dicuri hanya wang tunai kira-kira RM6 dan kebanyakan kereta yang dipecah tiada barang hilang,” katanya.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati suspek mengumpil cermin bahagian penumpang sebelah kiri lima buah kereta itu dan membuka bahagian glove box.

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di Presint 8 di sini digemparkan dengan kes pecah cermin kereta apabila lima buah kenderaan menjadi mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

Seorang mangsa, Syukran Roslan, 28, berasa amat kesal dengan kejadian itu kerana terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung di Perak.

Bagaimanapun, dia reda dengan kejadian tersebut dan menganggap ia ujian daripada Allah lebih-lebih lagi berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI