fbpx

Polis buka kertas siasatan kes pukul pengawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman tular menunjukkan seorang pengawal keselamatan warga Nepal dipukul di sebuah kawasan parkir kereta

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian seorang pengawal keselamatan warga asing dipukul dengan sebatang kayu oleh seorang lelaki di sebuah tempat letak kenderaan yang tular di laman sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan kondominium yang terletak di Jalan Madrasah, Wangsa Maju.

“Kejadian dipercayai melibatkan suspek warga Pakistan dan mangsa warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan tersebut.

“Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima dari mangsa berkenaan kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan telah dibuka bagi menyiasat punca dan kejadian itu berlaku dan menyeru pihak yang terlibat supaya segera tampil untuk membantu siasatan.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau pegawai penyiasat kanan, Deputi Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-376 7390.

“Selain itu maklumat juga boleh disalurkan menerusi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,”jelasnya.

Terdahulu, Kedutaan Nepal menerusi laman Facebooknya memaklumkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman video terbabit.

Menerusi rakaman video berdurasi 44 saat itu memaparkan lelaki berbadan gempal mula menyerang mangsa menggunakan sebatang cotar berwarna hitam pada beberapa bahagian badan.

Difahamkan video itu dirakam pada 7 Julai lalu.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan lengkap beruniform itu kelihatan tidak melawan dan hanya membiarkan dirinya dipukul lelaki berkenaan.

Selain memukul dengan cotar, lelaki berkenaan dilihat memukul dan menampar muka pengawal itu dengan tangannya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI