fbpx

Pelajar tingkatan lima parah dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANGKAK – Seorang pelajar tingkatan lima mengalami kecederaan parah pada bahagian lutut apabila dibelasah tiga pelajar tingkatan tiga dalam kejadian pergaduhan di sebuah sekolah menengah di bandar Tangkak di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, mangsa berusia 17 tahun itu kini sedang mendapat rawatan di Hospital Muar dekat sini sejurus kejadian itu.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dan saling cabar mencabar antara pelajar terlibat sehingga berlaku pergaduhan.

“Kejadian berlaku pada sebelah pagi ketika sesi persekolahan 27 Julai lalu, mangsa dipukul oleh tiga pelajar tingkatan tiga sehingga menyebabkan cedera parah pada bahagian lutut.

“Mangsa telah dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Fadhil berkata, tiga suspek iaitu pelajar sekolah menengah ditahan reman selama tiga hari sehingga 2 Ogos untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI