fbpx

Misi tebus kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya masih belum berpuas hati dengan satu gelaran pada aksi Piala AFF Suzuki menyebabkan ia dianggap kejohanan yang masih relevan untuk disertai.

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya cadangan untuk menghantar skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2020 yang ditunda pada tahun depan sebagai tidak sesuai.

Katanya, beliau ada me­nerima cadangan tersebut memandangkan jadual bola sepak antarabangsa untuk skuad Harimau Malaya tahun depan sudah cukup padat tetapi itu tidak bermakna kem negara perlu memandang ringan kejohanan Piala AFF Suzuki.

“Saya ada berbincang dengan barisan kejurulatihan sekiranya saingan Piala AFF Suzuki 2020 ditunda pada tahun depan, jadual skuad Harimau Malaya menjadi semakin padat.

“Namun, ia bukan bermakna pasukan perlu menghantar skuad B-23 negara memanda­ngkan Piala AFF Suzuki boleh dianggap sebagai trofi bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara.

“Justeru, kami mengambil serius untuk menghantar skuad terbaik memandangkan kita hanya baru menjuarai trofi ini sekali dan pemain juga sudah tentu mahu menebus kekecewaan apabila bergelar naib juara pada edisi lepas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengakui akan berbincang terlebih dahulu dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selain menunggu tarikh rasmi yang bakal diputuskan oleh AFF dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan melengkapkan sai­ngan baki tiga perlawanan kela­yakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober dan November tahun ini.

Sekiranya berjaya meraih slot automatik ke Piala Asia 2023, skuad negara dijadual bersaing pada pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia 2022 dalam kalendar perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun depan.

Andai gagal ke kelayakan Piala Dunia, skuad Harimau Malaya tetap berdepan dengan jadual yang ‘sibuk’ dengan menumpukan perhatian pada pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2023.

Sementara itu, skuad B-23 negara hanya perlu menumpukan saingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2021 dan temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam pada November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI