fbpx

Menari TikTok punca enam wanita dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPARAN skrin telefon pintar menunjukkan selebriti media sosial Mesir, Mowada al-Adham beraksi dalam aplikasi TikTok. – AFP

KAHERAH – Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara terhadap wanita keenam dalam masa seminggu berkaitan video TikTok selepas mendapati rakaman menunjukkan tertuduh menari dan menyanyi suai bibir beberapa lagu popular sebagai ‘menggalakkan maksiat’, kata sumber kehakiman.

Hukuman penjara tiga tahun terhadap Manar Samy kelmarin adalah yang terbaharu dalam penghakiman serupa ke atas pengguna media sosial wanita di Mesir berkaitan kandungan dalam aplikasi TikTok dan Instagram.

Samy ditangkap awal bulan ini atas dakwaan ‘menggalakkan maksiat dan membangkitkan nafsu syahwat’ menerusi klip video onlinenya, demikian menurut kenyataan pendakwa raya.

Menurut sumber kehakiman, hukuman tersebut boleh dirayu. Tertuduh turut didenda 300,000 pound Mesir (RM80,607).

“Ikat jamin Manar ditetapkan sebanyak 20,000 pound, (RM5,313),” tambah sumber sama.

Sementara itu, peguam Manar, Hani Basyoni berkata, ikat jamin sudah dibayar tetapi pembebasan anak guamnya ditangguhkan sehingga selepas cuti Aidiladha berakhir pada Isnin ini.

“Mahkamah akan mendengar rayuan kes anak guam saya pada 15 Ogos ini,” tambahnya.

Penghakiman kelmarin berlaku lima hari selepas sebuah mahkamah lain menjatuhi hukuman penjara, masing-masing dua tahun terhadap selebriti media sosial, Haneen Hossam dan Mowada al-Adham serta tiga \yang lain berhubung kandungan dalam TikTok. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI