fbpx

Mat rempit tak sempat tunjuk aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang remaja yang ditahan bersama motosikalnya.
Paparan mesej penganjur perlumbaan haram pada laman WhatsApp yang membawa kepada penahanan dua remaja yang berlumba di Ipoh awal pagi tadi.

 

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Cubaan sekumpulan mat rempit menyertai perlumbaan haram membabitkan wang pertaruhan tidak kesampaian setelah kegiatan mereka dihidu apabila ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, dua remaja ditahan anggota Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak di Lebuh Raya Ipoh-Lumut dekat Jelapang di sini.

Menurut kenyataan JSPT Kontinjen Perak, dua remaja berkenaan ditahan kerana menunggang dengan aksi berbahaya di atas jalan secara zig-zag dipercayai berlumba.

“Kegiatan mereka berjaya dihidu pihak polis setelah penganjurnya dikesan mengiklankan perlumbaan tersebut di dalam laman WhatsApp.

“Bertindak atas maklumat tersebut, kita melakukan intipan sebelum berjaya menahan dua orang remaja bersama dua motosikal jenis Honda Dream dipercayai terbabit dalam lumba haram berkenaan,” ujar kenyataan tersebut.

Siasatan lanjut juga mendapati penganjur mengenakan bayaran RM100 bagi setiap motosikal.

Kedua-dua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI