fbpx

Masjid dan surau Terengganu dibenar laku aktiviti keagamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman

KUALA TERENGGANU – Semua masjid dan surau di seluruh Terengganu dibenarkan untuk melaksanakan semula aktiviti keagaman dan kemasyarakatan berkuat kuasa esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, keizinan tersebut telah menerima perkenan Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin.

“Kebenaran itu termasuk penyampaian kuliah agama di masjid dan surau terlibat oleh penceramah bertauliah yang dilantik Maidam.

“Begitu pun, semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, jawatankuasa masjid dan surau bertanggungjawab untuk melakukan pemantauan pematuhan SOP berkenaan termasuk pemakaian pelitup muka yang mula diwajibkan esok.

Sebelum ini, semua masjid dan surau di seluruh negara termasuk Terengganu ditutup berikut pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Julai lalu.

Begitupun kelonggaran mula diberikan secara berperingkat bermula dengan keizinan menunaikan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah selepas penularan Covid-19 semakin terkawal baru-baru ini. – K! ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI