KUALA LUMPUR- Istilah penjarakan sosial yang menjadi buah mulut ramai orang ketika wabak Covid-19 melanda kini diubah kepada penjarakan fizikal.
Perkara itu diumum di laman rasmi Twitter Kementerian Kesihatan.
Membalas kepada seorang pengguna Twitter yang mempertikaikan perubahan itu, kementerian itu berkata, istilah penjarakan fizikal lebih sesuai dengan konsep menjarakkan diri antara satu sama lain demi keselamatan.
“Istilah ini disyorkan Pertubuhan Keselamatan Dunia (WHO) kepada negara anggota termasuk Malaysia bagi menggantikan istilah penjarakan sosial kerana lebih tepat dari sudut perubatan,” katanya di laman Twitter. – K! ONLINE