fbpx

Ibu tanam anak selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang wanita sanggup menanam bayi lelakinya untuk menyembunyikan kelahiran anak luar nikah itu di kawasan semak berhampiran kebun pisang di Kampung Bunut Payung di sini.

Bagaimanapun, tembelang wanita berusia 21 tahun yang masih bujang itu pecah apabila penduduk kampung menemui mayat bayi itu yang baru dilahirkan yang dibungkus di dalam plastik sampah hitam kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menahan seorang wanita berusia 21 tahun dipercayai ibu bayi tersebut di sekitar Kota Bharu.

Jelasnya, berdasarkan pengakuan lisan, suspek mengaku melahirkan bayi itu bersendirian di dalam bilik tidur di rumahnya pagi semalam.

“Semasa dilahirkan, wanita itu mengatakan bahawa bayi itu sudah tidak bergerak sebelum dia bertindak menanam anaknya tidak jauh dari rumah.

“Siasatan mendapati, penduduk kampung menemui mayat bayi itu sebelum memeriksa dan menggali tanah. Mereka menjumpai satu bungkusan plastik sampah hitam yang di dalamnya terdapat bungkusan kain batik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, berdasarkan siasatan, penduduk kampung menjumpai mayat bayi lelaki itu yang masih bertali pusat dan sempurna sifatnya.

Katanya, susulan penemuan mayat itu, penduduk kampung bertindak menghubungi Balai Polis Kota Bharu untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan mendapati, lubang yang gali berukuran 60 sentimeter dengan kedalaman 30 sentimeter, katanya.

Abdul Rahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI