fbpx

Dua ekor gajah berkeliaran di Simpang Perani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor gajah liar yang didapati berkeliaran di Kilometer 52 berhampiran Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Pengguna jalan raya di laluan Jalan Johor Bahru-Mersing terkejut dengan kemunculan dua ekor gajah liar di Kilometer 52 berhampiran Simpang Perani, Mawai dekat sini sebentar tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam itu, laluan kedua-dua arah berlaku sedikit kesesakan apabila pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat dan merakam gambar serta video ‘aksi’ dua mamalia berkenaan.

Menerusi video berdurasi 26 saat yang dikirimkan pengguna menunjukkan seekor gajah dewasa sedang berada di deretan kedai buah-buahan.

Manakala seekor lagi sedang berjalan memasuki semak di laluan berkenaan.

Pada Isnin lalu, Kosmo! Digital pernah
melaporkan seorang pengawal keselamatan, Misran Tukijoh, 56 maut Isnin lalu akibat diserang gajah liar dalam kejadian di tapak lombong pasir di Batu 6, Simpang Perani, Mawai.

Lokasi kejadian itu tidak jauh daripada tempat kejadian itu kira-kira 500 meter.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Salman Saaban menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya menjauhi atau tidak memberhentikan kenderaan untuk mengambil gambar atau video kerana bimbang diserang gajah berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI