fbpx

Buaya yang disyaki membaham kanak-kanak ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Perhilitan Sarikei membelah perut buaya pemangsa untuk mencari bahan bukti.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

TANJUNG MANIS – Buaya katak sepanjang 4.7 meter dipercayai buaya sama yang membaham kanak-kanak berusia 14 tahun Ahad lepas telah ditangkap pada hari keenam operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, PgKB I Tiong Ling Hii berkata, operasi mencari tersebut telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan keluasan tiga kilometer radius dari lokasi mangsa dibaham buaya di Ulu Belawai.

“Pada pukul 9.15 pagi, seekor buaya telah ditangkap menggunakan pancing berumpan ayam yang dipasang oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Polis Diraja Malaysia.

“Umpan tersebut terletak lebih kurang tiga kilometer dari jeti dan berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, buaya tersebut telah dinaikkan ke darat berhampiran Rumah Panjang Dadat dan dibelah perutnya di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung.

“Baju serta beberapa bahagian anggota badan manusia ditemui di dalam perut pemangsa tersebut.

“Walau bagaimanapun, operasi akan bersambung atas permintaan keluarga,” katanya.

Pada hari Ahad lepas, mangsa yang dikenali sebagai Ricky Ganya telah dibaham buaya ketika mencari siput bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya di sebuah sungai berhampiran Rumah Panjang Dadat di sini.

Berikutan itu, pihak berkuasa yang berkaitan telah dipanggil dan operasi mencari mangsa bermula sekitar pukul 2 petang pada hari yang sama. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI