fbpx

Agong tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan hari ini.

Menurut laman Facebook Istana Negara, keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke masjid itu pada pukul 8.25 pagi.

Menyambut ketibaan baginda di masjid tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran negeri.

Turut berangkat menunaikan solat sunat itu ialah dua anakanda Al-Sultan Abdullah termasuk Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kesemuanya sedondon mengenakan baju Melayu berwarna kelabu.

Solat sunat itu dipimpin oleh imam besar masjid, Mohd. Hafiz Suhaili manakala bacaan khutbah Aidiladha disampaikan Kadi Kuantan, Abdul Aziz Abd. Karim.

Baginda juga berkenan menyaksikan ibadah korban membabitkan sembilan ekor lembu yang diadakan di pekarangan masjid sebelum berangkat pulang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI