fbpx

Vinales gembira prestasi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES berjaya meraih podium kedua dalam dua perlumbaan pertama musim ini untuk mengumpul 40 mata. – AFP

ANDALUSIA – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Mave­rick Vinales sangat gembira dapat memulakan saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) de­ngan langkah kanan selepas mengumpul 40 mata pada dua perlumbaan Grand Prix (GP) musim ini.

Sebagai rekod, Vinales berjaya merekodkan kedudukan kedua pada saingan GP Sepanyol dan GP Andalusia selepas dinafikan dengan kepantasan jentera Petronas Yamaha SRT yang ditunggang oleh Fabio Quartararo.

Kata Vinales, apa yang dipamerkan pada dua GP yang lepas tidak semudah yang di­sangka kerana untuk kekal konsisten dan kompetitif sepanjang perlumbaan adalah cukup sukar terutama dengan saingan yang diberikan oleh pelumba lain.

“Pada awalnya sukar untuk saya mendapatkan rentak tetapi apabila berjaya meraih momentum, saya tidak lagi menoleh ke belakang dan berusaha untuk menamatkan perlumbaan de­ngan kedudukan kedua.

“Apa yang pasti, saya rasa strategi yang dirancang oleh pasukan agak menjadi dan sukar untuk pasukan pesaing se­perti Ducati memintas kedudukan saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Vinales berharap dapat mengekalkan momentum cemerlang pada saingan GP Republik Czech yang akan berlangsung di Litar Brno pada minggu depan.

“Saya percaya ini adalah perlumbaan paling sempurna dan berharap dapat mengekalkan momentum yang sama di Litar Brno nanti dalam misi mencabar gelaran dunia tahun ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI