fbpx

Saya dianiaya kali kedua – Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (tengah) ketika sidang media di kediamannya hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – “Saya seperti dianiaya kali kedua”, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman berikutan tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undang Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, undang-undang dan perlembangan Sabah dengan jelas menunjukkan beliau layak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan ini (bubar DUN) dan sudah boleh menjangkakan tindakan seperti ini.

“Hal ini secara jelasnya menunjukkan saya rasa dianiaya buat kali kedua.

“Kali pertama, apabila ketika saya sudah menubuhkan kerajaan dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, saya dipecat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di kediamannya di Luyang hari ini

Turut hadir seramai 33 Ahli Dewan Undang Negeri.

Dalam pada itu, Musa menyatakan pembubaran DUN yang diumumkan Datuk Seri Shafie Apdal, sebagai tidak wajar.

“Kita sudah menyerahkan 33 surat akuan bersumpah (SD) yang menyatakan sokongan ke atas saya kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

“Tetapi bagaimana DUN boleh dibubarkan. Kami mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Tidak wajar perkara ini berlaku terutamanya kita berdepan dengan wabak Covid-19 ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Musa menghantar peguam bagi meneliti semula pembubaran yang diumumkan Shafie dan memohon kepada Yang Dipertua Sabah untuk menarik balik pembubaran DUN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI