fbpx

PPS SMK Lubuk Buntar ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Lubuk Buntar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 2 petang tadi.

Oleh AZAHAR HASHIM

BANDAR BAHARU – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar yang menempatkan seramai 131 mangsa banjir kilat dari Projek Rimbunan Kasih di Mukim Bagan Samak di sini ditutup kira-kira pukul 2 petang tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa daripada 30 keluarga itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“PPS ditutup selepas banjir pulih selain keadaan cuaca yang agak baik sejak semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, sebahagian mangsa telah pulang sejak semalam untuk membersihkan rumah masing-masing.

“Kita akan terus melakukan pemantauan terutama di lokasi yang kerap dilanda banjir,” ujarnya.

Pada Selasa lalu seramai 131 mangsa dari 30 keluarga dipindahkan ke PPS SMK Lubuk Buntar selepas rumah mereka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat selain kejadian ban pecah di kawasan tebatan banjir Lubuk Buntar menyebabkan air melimpah ke kawasan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI